
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Majlis Perasmian Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation 2025 IV
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
Betong, 18 September 2025 - Majlis Perasmian Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation Siri IV telah berlangsung dengan penuh gemilang di Dewan Millenia Debak, menyaksikan kehadiran tetamu kehormat, peserta dan peminat sukan memanah tradisional dari dalam dan luar negara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Razi Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 Saribas. Turut hadir ialah YB Dato Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri, Ahli Parlimen P.204 Betong yang turut memberikan sokongan terhadap program pembangunan sukan dan warisan budaya seperti memanah tradisional yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Presiden Kelab Memanah Saribas, Encik Adi bin Spaiee dalam ucapannya menyatakan komitmen kelab untuk meneruskan penganjuran kejohanan ini pada tahun hadapan. Menurut beliau, Siri V Kejohanan Memanah Tradisional Saribas Invitation dijadualkan berlangsung pada April 2026 dengan skala penyertaan yang dijangka lebih besar.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan pada hari tersebut, termasuk kategori 3D Sport & Hunting serta acara-acara statik yang melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Cik Nurulzamzam binti Haji Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang sejak awal turut memberi sokongan penuh terhadap kejohanan ini.