- JBS Sarawak
- Hits: 226
Borneo International Kite Festival 2025 Ke 18 Gegarkan Bandar Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 226
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 18 SEPTEMBER 2025 – Borneo International Kite Festival kali ke 18 tahun 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Johnny Pang Leong Ming, ADUN N.68 Tanjong Batu. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan bersama tiga orang pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di lapangan terbang lama Bintulu, Kelmarin
Penyertaan festival kali ini mendapat sambutan yang hanyat daripada pelbagai pelusuk negara iaitu sebanyak 20 negara 160 peserta dan 129 gerai jualan yang telah membanjiri festival kali ini. Pengisian laying-layang kali ini sudah semestinya mewarnai langit biru Bintulu dengan terdapat puluhan layang-layang gergasi diterbangkan di udara sepanjang lapangan terbang lama Bintulu.
Festival ini bukan sahaja dapat menarik perhatian negara luar malah ianya sekali memperkenalkan Bintulu di persada dunia dan menjadi wahana pelancongan dan ekonomi setempat kepada dunia luar sekaligus membina ekonomi dan jaringan yang mampan dengan lain.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
