
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Lau Zheng Yi Mudah Ungguli Chess 1000 Liga Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 17 SEPTEMBER 2025 - Adik Lau Zheng Yi dengan mudah menundukkan adik Mohammad Eizqandar Haqimie untuk menjuarai pertandingan catur 1000 liga peringkat bahagian Bintulu tahun 2025 pada 13 September yang lepas. Melengkapkan senarai prmenang adalah adik Anselm Yong Kung Wei yang berada di kedudukan ketiga.
Pertandingan yang disertai seramai 50 orang peserta ini dilaksanakan di bilik seminar UPM Sarawak dan dikendalikan oleh Kelab Catur UPMS. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong telah hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama