- JBS Sarawak
- Hits: 116
Nidji Pukau Pentas Rakyat Hari Malaysia
- JBS Sarawak
- Hits: 116
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
17 SEPTEMBER 2025, BINTULU - Kumpulan band terkenal antarabangsa asal Indonesia, Nidji, memukau lebih sepuluh ribu pengunjung yang membanjiri tapak lapangan terbang lama Bintulu bagi meraikan Majlis Perhimpunan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025, malam tadi.
Hujan renyai tidak mematahkan semangat orang ramai untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia sehingga ke penghujung.Sambutan itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyampaikan amanat khas beliau.
Acara rasmi ditutup dengan persembahan bunga api yang memancar di langit Bintulu, sebelum pentas dihangatkan dengan Konsert Rakyat.Kemunculan artis tempatan dan Indonesia seperti Misha Omar, Roxy Ixzy serta kumpulan Nidji menggamatkan suasana. Lebih membanggakan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Encik Hailey Robson Anak Banyang yang merupakan artis terbilang iban turut dijemput mengadakan persembahan di awal majlis. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, duwakili oleh pegawainya, Encik Kigen Anak Satong dan Encik Lister Bulin Anak July turut hadir menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
