
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Sukarelawan Dapat Pujian Penganjur
- JBS Sarawak
- Hits: 16
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 16 SEPTEMBER 2025 - Seramai 70 orang sukarelawan di bawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu menyumbang tenaga melancarkan perjalanan program Malaysia Day Run 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia peringkat Sarawak di dewan suarah Bintulu sebentar. Upacara pelepasan larian yang disertai seramai 3000 orang pelari tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap menteri bertanggungjawab tepat jam 7.00 pagi. Beliau diiringi oleh para wakiL rakyat tempatan dan dif - dif kehormat yang lain.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah diamanahkan untuk menyelaras penguasan para sukarelawan dan amanah ini telah disempurnakan dengan cemerlang. Antara tugasan para sukarelawan yang dibimbing oleh Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Encik Kigen Satong adalah seperti pengagihan race pack, medal dan makanan, serta bertugas di water station dan sebagai road marshall.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama