
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Bintulu Sekali Lagi Menjadi Tuan Rumah Kepada Acara Berprestij
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 12 SEPTEMBER 2025 - Pada 16 September 2025 ini, Bintulu sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada acara berprestij iaitu Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak. Ini merupakan salah satu daripada deretan acara berprestij dan berskala besar yang pernah diadakan di Bintulu seperti Hari Sarawak, Agrofest, Borneo International Kite Festival dan berbagai lagi. Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu sekali lagi akan menjadi saksi kepada penganjuran acara ini.
Berbagai acara akan berlangsung sebagai pengisian kepada sambutan Hari Malaysia 2025 Peringkat Negeri Sarawak bermula dari 14 September 2025. Antaranya adalah Majlis Kesyukuran, Perhimpunan Rasmi, Konsert dan Malaysia Day Run. Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Datu Nyurak Keti, Residen Bahagian Bintulu pada 11 September yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut, Pejabat Belia dan Sukan Bintulu telah diamanahkan untuk menyelaras sukarelawan bagi pelaksanaan acara Malaysia Day Run 2025. Sebagai komitmen kepada amanah ini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen Anak Satong telah menghadiri mesyuarat tersebut.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama