
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan Kendali Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 12 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan akan melaksana 10 siri program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Miri 2025 sepanjang bulan September hingga Oktober 2025 di Taman Bulatan, Miri.
Satu sesi perbincangan bersama pihak Kelab Taiji Qigong Taman Bulatan telah diadakan pada 10 September 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri bagi menetapkan jenis senaman dan tarikh pelaksanaan program tersebut. Program ini merupakan platform bagi golongan warga emas melibatkan diri dalam aktiviti senaman untuk semua di samping menggalakkan masyarakat untuk turut bersukan bersama warga emas secara inklusif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri