Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  10 September 2025 –  Beberapa orang pegawai dari PBSB Kuching telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL), YBrs. Dr Abang Ismail Haji Abang Julhi pada 2 September 2025 di pejabat beliau.  Kunjungan pada kali ini lebih kepada perbincangan dan persetujuan untuk menjadikan IPGKBL sebagai lokasi pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bahagian Kuching.  YBrs. Dr Abang Ismail Haji Abang Julhi menyambut baik keputusan ini dan sedia memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan HSN2025 ini nanti.  Turut hadir ialah Encik Wahed Bujang Mi, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#YakinBoleh!
#RakanAktif

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search