Kempen 1RAPI Dan Seminar Pencegahan Kebakaran

Kempen 1RAPI Dan Seminar Pencegahan Kebakaran

Kempen 1RAPI Dan Seminar Pencegahan Kebakaran
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  8 SEPTEMBER 2025 – Hari ini telah berlangsung program 1RAPI dan Kempen Keselamatan Kebakaran di auditorium Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JBSN Sarawak, PBSB Kuching dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.  Penceramah jemputan untuk seminar ini ialah Encik Pasdah Ladola dari Persatuan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKL).

1RAPI membawa maksud, satu rumah, satu alat pemadam api. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran setiap isi rumah agar memiliki sekurang-kurangnya satu alat pemadam api, memberi latihan penggunaan alat pemadam api dengan betul dan mengurangkan risiko kebakaran domestik.  Di samping itu, menggalakkan komuniti lebih peka terhadap aspek keselamatan kebakaran

Sepanjang ceramah, para peserta turut didedahkan kepada punca-punca utama kebakaran, keperluan kesedaran awam mengenai langkah pencegahan serta melatih tindakan awal dan langkah menyelamat sekiranya berlaku kebakaran.  Selepas ini, penceramah berharap agar peserta/ komuniti lebih bersedia menghadapi kebakaran, setiap rumah memiliki alat pemadam api, kadar kebakaran rumah dapat dikurangkan dan seterusnya terbentuk budaya keselamatan kebakaran dalam masyarakat.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search