
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Pameran Rakan Muda Antara Pengisian Aktiviti Hari Kerjaya TVET ILKBS Zon Borneo 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menyertai pameran sempena Hari Kerjaya TVET ILKBN Zon Borneo 2025 yang diadakan di Permymall Miri pada 6 September 2025 anjuran Institut Kemahiran Belia Negara Miri.
PBSB Miri tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan pelbagai program 10 gaya hidup Rakan Muda di bawah inisiatif Pembangunan Rakan Muda. Pameran Rakan Muda menjadi satu platform yang signifikan dalam usaha menggalakkan penyertaan belia dalam pelbagai aktiviti pembangunan diri.
Pihak pejabat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Kemahiran Belia Negara Miri atas jemputan serta peluang yang diberikan untuk menjayakan pameran ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri