
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak Terima Geran Padanan Sukan KBS
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 8 SEPTEMBER 2025 – Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak telah menerima Geran Padanan Sukan KBS sebanyak RM20,000.00 untuk melaksanakan Kejohanan Xiang Qi Sarawak 2025 pada 5 hingga 7 September yang lalu. Bertempat di SJK(C) Chung Hua Marudi, kejohanan tersebut mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 195 orang daripada pelbagai lapisan umur dan kaum.
Encik Ting Chung Yii, Presiden Persatuan Xiang Qi Negeri Sarawak hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan ini mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan permainan tradisional catur Cina dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.