
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak 2025 Catat Kejayaan Cemerlang
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 6 September 2025 – Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN) melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian hadiah yang berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Program yang bermula pada 30 April hingga 6 September 2025 ini berjaya menarik penyertaan seramai 196 orang, terdiri daripada 78 peserta lelaki dan 118 peserta wanita.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah JBSN Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fatimah binti Abdul Rahman. Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengurusan berat badan yang lebih sistematik dan berkesan.
Bagi kategori wanita, gelaran juara dimenangi oleh Cik Iffah Nur Farhana yang berjaya menurunkan berat badan daripada 69.5 kilogram kepada 50.2 kilogram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500. Naib juara disandang oleh Puan Azzah Binti Sudin dengan penurunan daripada 81.5 kilogram kepada 65.9 kilogram (RM800), manakala tempat ketiga milik Puan Nur Asyiqin Binti Mohamad Dullah dengan penurunan daripada 76.3 kilogram kepada 61.6 kilogram (RM300).
Kategori lelaki pula menyaksikan kejayaan Encik Helmy Bin Abang Jamahary sebagai juara setelah menurunkan berat badan daripada 99.9 kilogram kepada 77.5 kilogram, membawa pulang RM1,500. Naib juara dimenangi Encik Izwan Bin Eden yang menurunkan berat daripada 77.8 kilogram kepada 56.2 kilogram (RM800), manakala tempat ketiga milik Encik Joseph Jimbun Anak Danny dengan penurunan daripada 90.1 kilogram kepada 69.7 kilogram (RM300).
Kejayaan penganjuran ini membuktikan komitmen JBSN Sarawak dalam memperkasakan gaya hidup sihat, sekali gus menjadi inspirasi kepada belia serta masyarakat umum untuk lebih cakna terhadap kesihatan diri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#HSN2025
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama