
- JBS Sarawak
- Hits: 22
PBSB SARIKEI TURUT MEMBERIKAN SOKONGAN YANG PADU KETIKA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 1 September 2025 : Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Sarawak pada 31 Ogos 2025 yang lalu telah diadakan di Sarikei dengan pelbagai pengisian menarik bermula seawal jam 7 pagi hingga 10 malam. Pada 30 Ogos 2025 berlangsung Sambutan Ambang Perayaan Hari Kebangsaan di Kompleks Integrasi Baji Jaya, Kg Seberang Sarikei. Kemudian keesokannya, Program Unity Walk yang menghimpunkan lebih 8,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Acara bermula di Kompleks Sukan Sarikei dan penutupan dilaksanakan di Dewan Suarah Sarikei. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei turut bersama dalam program unity wal.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, empat acara utama telah dilaksanakan secara teratur oleh Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei selaku penganjur utama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#pbs6d