
- JBS Sarawak
- Hits: 18
KEJOHANAN MEMANAH WANITA TERBUKA SARAWAK (DANA SUKAN KOMUNITI DSK)
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
Sarikei, 1 September 2025 : Jemputan ke Majlis Perasmian Kejohanan Memanah Terbuka Sarawak 2025 di Padang SMK Sarikei Baru pada 30 Ogos 2025 yang lepas. Seramai 200 orang peserta dari seluruh Bahagian Sarawak telah menyertai kejohanan pada kali ini. Menurut pengerusi pengelola, objektif kejohanan adalah untuk memupuk semangat setiakawan, ukhwah serta memberi peluang khususnya kepada golongan wanita untuk menyertai sukan Memanah tanpa mengira ras dan peringkat umur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Memanah Tradisional Malaysia Tuan Haji Zainurin Bin Osman. Turut hadir bersama ,Presiden Persatuan Memanah Tadisional Memanah Sarawak Tn. Hj Bujang, Pengerusi Kelab Memanah Tradisional Perkasa En. Abdul Razak Boll dan Pn.Hajjah Dora Abdul Rahman, Pemanah Srikandi Sarawak, En.Abdul Rani Bin Jemi telah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei pada majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan pada kali ini di Sarikei.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#mpbn
#pbs6d