
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 31 OGOS 2025 –Semalam, satu program Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Universiti Putra Malaysia, Sarawak.
Sesi libat urus tersebut telah diisi dengan sesi pengisian ceramah kod sukan selamat yang telah disampaikan oleh puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Negeri Sarawak. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada kalangan kelab-kelab sukan serta agensi luar yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang sukan.
Kod sukan selamat ini merupakan satu garis panduan yang dibangunkan bagi memberi panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan atlet dalam sukan. Pihak pejabat berharap agar dengan adanya pendedahan kod sukan selamat ini kepada semua dapat diadaptasikan dan dijadikan sebagai panduan dan meningkatkan keselamatan komuniti sukan serta memastikan persekitaran sukan bebas dan selamat sekaligus menjaga hak dan kebajikan atlet di Malaysia.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama