
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Program Pengurusan Program (Program PRO) Zon Borneo Tahun 2025 Telah Melabuhkan Tirainya
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 31 OGOS 2025 – Program Pengurusan Program Zon Borneo telah diadakan pada 25 Ogos sehingga 28 Ogos bertempat di Hotel Kemena Plaza, Bintulu Sarawak. Program tersebut merupakan satu program kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bintulu dengan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson.
Pengurusan program (program pro) 2025 bertujuan untuk melatih peserta-peserta menguruskan program dengan lebih sistematik dan lancar. Objektif program ini adalah untuk meningkakan kemahiran pengurusan program dalam kalangan pengurus program serta menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai dalam melaksanakan sesuatu program.
Peserta program ini adalah daripada pelbagai agensi dan organisasi serta terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Semoga dengan adanya pendedahan dan perkongsian ilmu dalam pengurusan program ini sedikit sebanyak membantu badan -badan organisasi dan kelab dalam mengadakan satu program dengan lebih sistematik dan teratur.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama