
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Bintulu Disambut Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 31 OGOS 2025 – Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025 telah diadakan pada 1-3 Ogos 2025 bertempat di Dewan Suarah Bintulu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Penganjuran program ini diadakan bertujuan untuk mempromosi Rakan Muda kepada belia di seluruh negeri seiring meningkatkan penyertaan mereka dalam program Rakan Muda ke arah mencapai sasaran 11 juta penyertaan. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada masyarakat khususnya belia untuk menyerlahkan potensi diri dalam bidang kreatif, karya seni, perniagaan atau mana-mana yang berkaitan dengan 10 gaya hidup Rakan Muda.
Pengisian program ini terbahagi kepada 2 bahagian yang merangkumi pelbagai aspek 10 Gaya Hidup iaitu bahagian yang wajib dilaksanakan dan bahagian sampingan. Aktiviti wajib yang dilaksanakan adalah pertandingan Kawad Kaki yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Bahagian Bintulu, pertandingan Doodle Arts dan juga Pertandingan Inovasi Kitar semula dan Karnival Kerjaya untuk aktiviti sampingan.
Bagi pertandingan Doodle Arts, juara dimenangi oleh pelajar dari SMK Sebauh manakala bagi pertandingan Inovasi Kitar Semula dimenangi oleh Kolej Vokasional Bintulu. Juara bagi ke dua-dua kategori akan mewakili bahagian Bintulu ke peringkat negeri.
Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama strategik agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, PBT, NGO dan agensi swasta yang lain.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama