PROGRAM RAKAN MAHIR SKILLS FOR LIFE : KURSUS KRAFTANGAN “RESIN ART WORKSHOP”

PROGRAM RAKAN MAHIR SKILLS FOR LIFE : KURSUS KRAFTANGAN “RESIN ART WORKSHOP”

Disediakan oleh : HBR, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 24 OGOS 2025  -Belajar teori dan praktikal dalam pembuatan hasil kraftangan "Resin Art" Selama 2 hari telah memberi ilmu pengetahuan dalam mereka hasil tangan dari produk resin. Semua peserta berjaya memukau tenaga pengajar dan urus setia dengan hasil kraftangan kreatif mereka.

Melalui inisiatif Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pengajar berpengalaman telah menganjurkan Program Rakan Mahir Skills for Life @ Parlimen Sri Aman khusus untuk anak muda berumur 16 hingga 30 tahun.

Program yang diadakan di Bilik PBSM Sri Aman  ini bermatlamat untuk memberi pendedahan asas dalam kemahiran mereka hasil kraf serta menyediakan peluang bimbingan terus daripada pengajar berpengalaman buat para peserta.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman akan terus komited untuk menyediakan ruang dan platform pembelajaran kemahiran yang bukan sahaja mampu mengisi waktu lapang anak muda, tetapi juga membuka peluang ke arah kerjaya kreatif yang bernilai dan mampu menjana pendapatan.

Yakin Boleh, PBSB Sri Aman Komited!

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search