LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025

LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025

Disediakan oleh : NFS, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 07 OGOS 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan di bahagian Sri Aman pada hari ini bagi meninjau dan mengenal pasti lokasi penganjuran Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 18 Oktober 2025.

Lawatan ini melibatkan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau. Turut hadir ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, serta Pegawai dan kakitangan daripada Pejabat belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Pegawai Bahagian Sukan Negeri Sarawak.

Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat tanpa mengira usia, latar belakang dan tahap kecergasan.

Penganjuran peringkat negeri ini dilihat sebagai platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan melalui penglibatan dalam aktiviti riadah secara bersama.

Orang ramai disarankan untuk bersedia dan menantikan pengumuman rasmi lokasi penganjuran, serta menyertai pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung dalam semangat sukan dan kekeluargaan.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search