Penyertaan PBSB Kuching dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri

Penyertaan PBSB Kuching dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri

Penyertaan PBSB Kuching dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING,  29 OGOS 2025 – Pada 27 Ogos 2025, Cik Margaret Sawing, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Hotel Imperial, Kuching.  Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) ialah sebuah platform rasmi di peringkat Negeri yang menghimpunkan wakil-wakil belia, pertubuhan belia, serta agensi Kerajaan untuk membincangkan isu, cabaran dan keperluan belia serta memberi pandangan, cadangan dan input dasar kepada Kerajaan.  Selain itu, ianya  menjadi saluran komunikasi dua hala antara pihak Kerajaan dan belia.  MPBN Peringkat Negeri Sarawak telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, mewakili YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Sumber gambar : Bahagian Pembangunan Belia JBSN Sarawak

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search