
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Fiesta Gunung Gading
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Fiesta Gunung Gading
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 29 OGOS 2025 – Sebanyak empat agensi telah bekerjasama melaksanakan Fiesta Gunung Gading pada 23 Ogos 2025 lepas, iaitu Sarawak Forestry Corporation (SFC) Taman Negara Gunung Gading, Pusat Khidmat Rakyat P.193 Santubong, Kelab Sukan Rekreasi Tepian Gelanggang Kuching dan Kelab Kebajikan dan Keluarga PPS Sarawak. Melalui program ini para peserta dapat menikmati keindahan alam selain menggalakkan aktiviti luar yang sihat dengan keindahan biodiversiti Sarawak melalui fotografi serta memberi pendedahan kepada peserta aktiviti rekreasi luar seperti mendaki gunung serta memperkenalkan keindahan flora dan fauna yang mana gunung Gading terkenal dengan bunga rafflesia dan hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti
Seramai 800 orang peserta telah mengikuti program ini dengan pelbagai pengisian aktiviti iaitu senamrobik, mari mencuba dart, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran, mendaki Gunung Gading dan pertandingan fotografi. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong.
Sumber photo : Kelab Sukan Rekreasi Tepian Gelanggang Kuching
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat\
#RakanBumi