
- JBS Sarawak
- Hits: 28
PBSB SARIKEI TURUT BERSAMA-SAMA MENGHADIRI MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Kuching, 27 Ogos 2025 : PBSB Sarikei telah bersama-sama menyertai MPBN peringkat negeri Sarawak bagi Sidang I, Penggal ke-35, sesi 2025-2026 bertempat di Grand Ballroom 1, Tingkat 5 Imperial Hotel, Kuching. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Turut hadir bersama Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Sarawak dan Encik Clement Empaling, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak. Bahagian Sarikei telah diwakili oleh Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei, Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei dan Encik Kevin Anak Jampang, Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan juga turut bersama-sama menghadiri majlis tersebut.
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri tersebut telah membentangkan 6 usul daripada badan berpesatuan belia seluruh negeri Sarawak. Persidangan ini bertujuan mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi kerajaan dan memperkasakan pembangunan belia daripada kepelbagaian perspektif seterusnya memberikan impak kepada negara.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#mpbn
#pbs6d