MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI SARAWAK BAGI SIDANG 1, PENGGAL KE-35,SESI 2025-2026 TAHUN 2025

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT NEGERI SARAWAK BAGI SIDANG 1, PENGGAL KE-35,SESI 2025-2026 TAHUN 2025

 

 

Disediakan Oleh : MNN, JBSN Sarawak

KUCHING, 27 OGOS 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Bagi Sidang 1, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 Tahun 2025 bertempat di Grand Ballroom 1, Tingkat 5 Imperial Hotel, Kuching. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Turut hadir bersama Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Sarawak dan Encik Clement Empaling, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak. Majlis Perundingan Belia Negara ini juga dihadiri jemputan daripada Residen-Residen Bahagian, Ketua-Ketua / wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegawai-Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, dan Persatuan/Kelab belia di Sarawak

Majlis Perundingan Belia Negara yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil Kementerian dan Agensi Negeri/Persekutuan. Majlis Perundingan Belia Negara juga berfungsi sebagai platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia serta mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi Kerajaan.

Pelbagai usul dan isu dibentangkan oleh wakil dari Persatuan/Kelab Belia yang ada di Sarawak berserta maklum balas daripada pihak kerajaan semasa persidangan tersebut bagi mencapai satu kata sepakat untuk menjadikan suara belia sebagai satu input penting dalam memangkinkan pembangunan negara dan masyarakat secara holistik selari dengan matlamat Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030. Akhir kata, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Bagi Sidang 1, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 Tahun 2025

 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#TeamBelia

#JBSNSarawak

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#IhsanMADANI

#HarungiBersama

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search