
- JBS Sarawak
- Hits: 29
PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI DAN PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA DI TANAH GAMBUT
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 OGOS 2025 – Program Kesedaran Komuniti dan Pencegahan Kebakaran Terbuka di Tanah Gambut merupakan program bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pembakaran terbuka di bawah program pencegahan dan pemantauan kebakaran tanah gambut serta kawasan lain berisiko kebakaran untuk mengatasi jerebu telah diadakan pada 19 Ogos 2025 bertempat di Dewan Sri Balau, UiTM Kampus Mukah. Program telah dihadiri pelbagai agensi, KMKK serta IPT di daerah Mukah.
Pejabat Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke program tersebut bagi mengadakan pameran da telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Mohammad Arbi Rosli dan Puan Hatijah Halidi. Pelbagai pengisian aktiviti dalam program tersebut antaranya pameran agensi, Program BEE, Demonstrasi Kebakaran, Demonstrasi Alatan RI, Ceramah Kesedaran, dan pertandingan arca.Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Turut hadir mengiringi beliau Tuan Safrie Saili, Timbalan Residen Mukah dan Encik John Rampai, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak.