BORNEO PICKLEBALL WORKSHOP DAN FORUM

BORNEO PICKLEBALL WORKSHOP DAN FORUM

Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak

27 OGOS 2025, SIBU - Borneo Pickleball Workshop dan Forum yang dianjurkan oleh iplay Swan Squad Pickleball Sibu (iPPS) telah bermula dan akan berlangsung selama 2 hari iaitu 27 hingga 28 Ogos 2025 bertempat di Kingwood Hotel, Sibu.Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Joseph Chieng Jin Ek, Ahli Dewan Undangan Negeri N. 51 Bukit Assek merangkap Presiden Persatuan Pickleball Bahagian Sibu.Pihak iPPS telah menjemput Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu untuk menjadi salah seorang daripada panel iaitu berasaskan tajuk "Insight to the growth of Borneo and Malaysia Pickleball" dan diwakili oleh En. Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai booth pameran yang diadakan daripada kepelbagaian agensi dan syarikat iaitu masing-masing mempromosikan barangan sukan serta servis yang disediakan oleh mereka.Ramai peserta menyertai program ini dan diharap program ini akan berjalan dengan lancar sehingga mencapai objektif yang ditetapkan.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search