MPBN PERINGKAT NEGERI SARAWAK WADAH PERTEMUAN PERSATUAN DAN KELAB BELIA

MPBN PERINGKAT NEGERI SARAWAK WADAH PERTEMUAN PERSATUAN DAN KELAB BELIA


27 Ogos 2025, Kuching - MPBN Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Imperial Hotel, Kuching dan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.MPBN juga merupakan sebuah mini parlimen dan sebagai titik pertemuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan belia di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Perbahasan ucapan dasar telah disampaikan oleh Saudara Ricky anak Enteri, Pengerusi Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan Sibu mewakili seluruh persatuan dan kelab belia di Negeri Sarawak. Memetik daripada ucapannya beliau menekankan perlunya jalinan kerjasama yang jitu diantara Kementerian, Agensi dan Jabatan serta Persatuan dan Kelab-kelab belia diseluruh pelusuk negeri untuk bersama mengembleng tenaga dan meneruskan usaha demi membentuk dan juga membimbing para belia supaya mencapai matlamat dan wawasan yang diimpikan.

Beberapa usul telah dibahaskan antaranya isu yang diutarakan adalah isu penggunaan rokok elektronik (vape), isu buli di sekolah, peluang golong muda memiliki rumah sendiri, penceraian di waktu muda serta peluang belia menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Turut hadir bersama di program ini mewakili Bahagian Sibu ialah Pn. Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Encik Macgyver Bin Boi, wakil Residen Sibu, dan Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan.
#PBSBSibu
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#TeamKBS
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search