MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL KERJAYA BIL. 2/2025

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL KERJAYA BIL. 2/2025

Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 27 Ogos 2025 – SABERKAS Cawangan Nangka telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Karnival Kerjaya Bil. 2 Tahun 2025 di Pusat Khidmat DUN Nangka. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Sayed Azmee bin Haji Wan Junaidi, Naib Pengerusi 1 SABERKAS Cawangan Nangka dengan kehadiran wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Karnival ini akan berlangsung pada 20 September 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS dengan penyertaan 17 majikan yang menawarkan temuduga terbuka. Program turut mengetengahkan aktiviti belia seperti keusahawanan, e-sukan serta kolaborasi bersama UTS, PERKESO, PBB dan PEWARIS. Semua belia dan masyarakat setempat dijemput hadir bagi merebut peluang kerjaya serta menyertai aktiviti menarik yang disediakan.
#PBSBSibu
#JBSNSarawak
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search