
- JBS Sarawak
- Hits: 52
TOT Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Siri 2 (Sahabat Penggerak Madani) Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 25 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah menghantar tiga orang wakil sebagai peserta ke Training of Trainers (TOT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani Siri 2: Sahabat Penggerak Madani (SPM) yang berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2025 di Sarawak. Wakil yang terlibat ialah Encik Yaman Yahya, Encik Julian Chong dan Encik Nadzrul Idzlan Bin Mohd Nor.
Penyertaan ini membuktikan kesungguhan JBSN Sarawak dalam memperkukuh kefahaman kenegaraan serta menyokong usaha membina jaringan Sahabat Penggerak Madani di peringkat negeri.
Program ini merupakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri melalui AKM Negeri Sarawak. Ia bertujuan melahirkan fasilitator dan jurulatih yang mampu menggerakkan semangat kenegaraan dan menghayati nilai Malaysia Madani. Modul latihan memberi tumpuan kepada patriotisme, kepimpinan, jati diri dan perpaduan, agar pengisian Malaysia Madani dapat diterjemahkan secara berkesan kepada komuniti.
Siri Kedua ini menjadi kesinambungan daripada Siri Pertama dengan penekanan kepada pembinaan komuniti penggerak yang lebih mantap. Peserta yang menamatkan latihan dijangka memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan nilai kenegaraan serta menyemarakkan semangat Malaysia Madani di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#MalaysiaMADANI
#HarungiBersama