Perbincangan Pelaksanaan Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Perbincangan Pelaksanaan Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak

Betong, 27 Ogos 2025 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Sukan Komuniti Pribumi Sarawak Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan pada 25 Ogos 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Dalam perbincangan ini, Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong telah memberikan penerangan terperinci mengenai program yang akan dijalankan. Program ini merupakan inisiatif di peringkat akar umbi yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan komuniti pribumi Sarawak dalam aktiviti sukan, di samping memupuk amalan gaya hidup sihat, cergas dan aktif dalam kalangan masyarakat setempat.

Antara cadangan utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober 2025 di Gelanggang RTC Layar, Betong. Penyertaan dibuka kepada komuniti pribumi daripada pelbagai peringkat umur dan jantina.

Cadangan pengisian program seperti sukan tradisional, sukaneka dan senamrobik yang dijangka mampu menarik penyertaan meluas dan menggalakkan interaksi sihat dalam kalangan komuniti setempat. Hadir bersama semasa perbincangan tersebut ialah           Encik Hilster Ramba anak Dundan, selaku wakil daripada Layar Hills Sepak Takraw Club dan SABERKAS Layar yang akan bertindak sebagai rakan strategik program tersebut.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search