
- JBS Sarawak
- Hits: 34
HUJAN TAK HALANG SEMANGAT PARA PESERTA – MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI KE-8 DI SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: NL (JBSN Sarawak)
SAMARAHAN, 2 Ogos 2025 – Hujan yang turun sejak awal pagi tidak mematahkan semangat penganjur dan peserta untuk meneruskan Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Samarahan Siri ke-8 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Program yang sepatutnya dijalankan di perkarangan The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, telah dipindahkan ke lokasi alternatif iaitu Shuqie Ad Fitness Studio, Kota Samarahan demi keselamatan dan keselesaan peserta. Meskipun terpaksa berpindah tempat pada saat akhir, program tetap berlangsung dengan jayanya.
Sesi kali ini diketuai oleh dua jurulatih berpengalaman, iaitu KBSI En. Sukiman bin Adenan dan KBSI Choco atau nama sebenarnya Yu Ing Yew, yang berjaya menceriakan suasana dengan aktiviti senamrobik yang menarik serta menghiburkan.
Program ini merupakan inisiatif di bawah Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan, bertujuan memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh semangat perpaduan serta menyampaikan maklumat sahih kepada komuniti setempat.
Penyertaan yang menggalakkan membuktikan bahawa semangat komuniti di Bahagian Samarahan kekal utuh dan bersatu dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan, sekaligus menyokong aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif, sihat dan bermaklumat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama