
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pusingan 2025 Peringkat Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 27 OGOS 2025 – Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pusingan 2025 Peringkat Bahagian Bintulu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Ogos 2025 bertempat di Stadium Bintulu. Sebanyak 20 pasukan wanita dan lelaki yang terdiri daripada pelbagai daerah telah mengikuti pertandingan tersebut.
Kejohanan tersebut adalah merupakan Dana Sukan Komuniti daripada Kementerian Belia dan Sukan. Sebanyak RM 20,000.00 Dana Sukan Komuniti telah disalurkan kepada Kelab Futsal Top Eight. Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh wakil Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Sarawak. Turut hadir bagi kejohanan tersebut ialah Encik Hailey Robson Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
Sambutan dan penyertaan yang diterima adalah sangat luar biasa dan memberangsangkan. Semoga dengan adanya kejohanan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pelapis atlet negara bagi sukan futsal.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama