
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Bintulu Cemerlang Di Pertandingan Inovasi Kitar Semula
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 23 OGOS 2025 – Bintulu telah menghantar penyertaan bagi pertandingan Doodle Arts dan Inovasi Kitar Semula sempena program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025. Pertandingan ini berlansung pada 23 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Bahagian Bintulu diwakili oleh Kolej Vokasional Bintulu bagi pertandingan inovasi kitar semula manakala pertandingan Doodle Arts diwakili oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh.
Bagi pertandingan Inovasi Kitar Semula, Bintulu cemerlang apabila berjaya menduduki kedudukan naib juara di belakang SMK Kapit. Walaupun tidak berjaya melangkah ke pertandingan peringkat kebangsaan, pencapaian sebagai naib juara merupakan pencapaian yang sangat cemerlang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mu'azamir bin Haji Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, KBS Malaysia. Turut hadir mengiringi peserta dari Bahagian Bintulu adalah Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama