- JBS Sarawak
- Hits: 40
MESYUARAT JAWATANKUASA PESTA LADA JULAU BIL.3/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak
SARIKEI, 21 Ogos 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Lada Julau Bil.3/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Julau yang dipengerusikan oleh En. Minggu Anak Jampong, Pegawai Daerah Julau, Agenda mesyuarat ini adalah penetapan tarikh dan jadual aktiviti sepanjang pesta dan penetapan peruntukan bagi setiap jawatankuasa kerja pesta ini.
Hadir dalam mesyuarat ini En Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pejabat ini juga diberi tanggungjawab dalam menganjurkan senamrobik sempena pesta ini. Pesta Lada Ini merupakan acara tahunan bagi Daerah Julau akan berlangsung pada 20 hingga 27 September 2025 yang mempromosikan Julau sebagai Daerah pengeluar lada Sarawak. Semoga pesta ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d