KOMUNITI LUAR BANDAR PERLU AKTIFKAN DIRI DALAM SUKAN

KOMUNITI LUAR BANDAR PERLU AKTIFKAN DIRI DALAM SUKAN

Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 26 OGOS 2025 – Sukan merupakan elemen penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti terutama penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa dahagakan program-program sukan. Selain itu, sukan dapat membentuk masyarakat yang sihat dan aktif sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Daro dan Nebulae FC telah dilaksanakan pada 23 Ogos 2025 di Kampung Penasu, Daro.

Yang Berhormat Tuan Haji Safiee bin Haji Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro dalam ucapan beliau semasa Majlis Perasmian Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Penasu, Daro memohon agar lebih banyak program sukan dan program belia dianjurkan pada masa akan datang di kawasan luar bandar khususnya di daerah Daro. Kawasan luar bandar perlu diperbanyak program supaya masyarakat kawasan luar bandar mendapat manfaat seperti di kawasan bandar.

Turut hadir Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Tuan Zul Haji Usup, Pegawai Daerah Daro. Program tersebut melibatkan penyertaan penduduk dari Kampung Penasu, Daro, Nanga Semah serta komuniti berdekatan. Beberapa acara sukan telah dipertandingkan dalam program tersebut antaranya Tarik Tali Campuran, Street Soccer, Sepak Takraw, Sukaneka Dewasa dan Sukaneka Kanak-kanak. Pada sebelah paginya, acara senamrobik turut diadakan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search