
- JBS Sarawak
- Hits: 18
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak
KUCHING, 23 Ogos 2025 — Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak baru-baru ini. Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti, pertandingan serta pameran yang memberi peluang kepada golongan belia menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing. Dalam pertandingan yang dianjurkan, tiga orang wakil dari Bahagian Sibu telah turut serta dalam kategori Doodles Art serta Inovasi Kitar Semula. Kejayaan membanggakan diraih apabila Cik Jeslin Wong Tiing Em berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Doodles Art. Manakala, dalam kategori Inovasi Kitar Semula, Stephanie Wong Sze Man dan Norying Hii pula menerima hadiah sagu hati atas hasil inovasi kreatif mereka. Tahniah diucapkan kepada semua wakil dari Sibu atas usaha gigih, semangat kesukanan serta pencapaian yang membanggakan. Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa golongan belia di Bahagian Sibu mampu bersaing dan menyerlah di peringkat negeri melalui bakat, kreativiti dan inovasi.