MESYUARAT PENGANJURAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

MESYUARAT PENGANJURAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan oleh: Afif, JBSN Sarawak

SIBU, 21 OGOS 2025 – Mesyuarat penganjuran bersama Hari Sukan Negara peringkat Bahagian Sibu tahun 2025 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, hari ini. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli bin Suhaili dengan kehadiran Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman. Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan program serta kerjasama antara agensi bagi memastikan penganjuran Hari Sukan Negara 2025 di Bahagian Sibu dapat berjalan dengan lancar, teratur dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Mesyuarat ini diharapkan menjadi landasan penting untuk memperkukuh kerjasama semua pihak dalam merealisasikan kejayaan Hari Sukan Negara 2025 di Sibu.
#PBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search