- JBS Sarawak
- Hits: 43
Tahniah Eco Flex Johan Pertandingan Recycle Innovation Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan Oleh : O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 25 OGOS 2025 – Sekalung Tahniah kepada Kumpulan Eco Flex daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit telah diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan Recycle Innovation sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2025 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) lalu.
Kumpulan Eco Flex yang telah mewakili Bahagian Kapit ke pertandingan tersebut telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam menghasilkan inovasi dengan menggunakan bahan kitar semula selaras dengan kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik. Ahli Kumpulan Eco Flex ialah adik Arshavin Nigel Sibat Anak William, adik Darwin Danish Anak Geramong dan adik Ryochi Rain Rassell. Mereka telah diiringi oleh Guru Pengiring iaitu Encik Muhammad Zharfan Bin Mohd. Zaini
Bagi Pertandingan Doodles Art, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit juga telah menghantar wakil Bahagian Kapit iaitu adik Javier Jed Ling Yu Jia (SMK Kapit) dengan diiringi oleh Encik Zainul Azwan Bin Hamdan sebagai Guru Pengiring. PBSB Kapit mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada SMK Kapit yang sentiasa sudi bekerjasama dengan pejabat ini di dalam pelaksanaan program Rakan Muda.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbkapit