- JBS Sarawak
- Hits: 52
Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Bahagian Kapit 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan Oleh : O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 25 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Kapit 2025 yang dipengerusikan oleh Encik Robert Liman Anak Deli, Timbalan Residen Bahagian Kapit telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Pejabat MySed Bahagian Kapit. MPBN Peringkat Bahagian Kapit adalah anjuran oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Kelab Belia Pekan Kapit.
Seramai 50 orang ahli majlis terdiri daripada panel sosial, pemerhati dari pelbagai agensi dan NGO belia di Daerah Song dan Daerah Kapit hadir untuk menyertai persidangan ini. Turut hadir ialah Encik Daniel Batin Irbo, Pegawai Tadbir, Bahagian Sosial dan Kebajikan Awam di Pejabat Residen Bahagian Kapit. Tiga buah agensi telah membentangkan kertas kerja pada MPBN kali ini. Panel Kemahiran, Encik Kevin Anak Bala dari Giat Mara Kapit telah membentang kertas kerja “Apa Itu TVET?: TVET For All”. Panel Keusahawanan, Encik Dunstan Armando dari Pejabat Mara Daerah Kapit membentangkan kertas kerja “MyUsahawan @ MARA” dan Panel Digital, Puan Maureen Thomas daripada Kapit Digital Innovation Hub telah membentangkan kertas kerja “AI For My Future”.
MPBN 2025 Bahagian Kapit kali ini membahaskan isu dan usul berkaitan ekonomi dan sosial belia di Bahagian Kapit seperti pusat latihan Kemahiran, inkubator usahawan, dana pembangunan bakat sukan dan port niaga belia. Sesi MPBN diakhiri dengan penggulungan oleh Pengerusi dengan menegaskan kepada ahli Majlis yang hadir terutamanya NGO Belia di Bahagian Kapit agar sentiasa relevan bersama Kerajaan dengan mengerakkan belia setempat agar tidak ketinggalan di dalam pembangunan negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit