
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Pertandingan Ping Pong Program Master Sports Peringkat Negeri Sarawak 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 24 Ogos 2025 – Pertandingan Ping Pong bersempena Program Master Sports Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriah di Extreme Table Tennis Profesional Centre, Kuching.
Pertandingan ini khusus untuk kategori berumur 40 hingga 60 tahun, menampilkan semangat kesukanan dan persahabatan dalam kalangan peserta berpengalaman dari pelbagai bahagian di Sarawak.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, sebagai tetamu kehormat. Turut sama hadir ialah pegawai daripada Bahagian Pembangunan Sukan, iaitu Encik Dennis Dempi, Encik Rawing Uking serta Encik Hazwan Salleh Baihaki yang memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program ini.
Pertandingan menyaksikan penglibatan peserta berpengalaman yang bukan sahaja mempertaruhkan kemahiran, malah menonjolkan nilai kesabaran, ketekunan dan semangat juang tinggi. Johan dimenangi pasangan dari Serian, Tieng Mee Tiew dan Toh Tze Wei yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1000.
Tempat naib johan disandang Tay Kok Hock dan Lee Chung Khian, juga dari Serian, dengan hadiah RM600.
Manakala tempat ketiga menjadi milik pasangan dari Betong, Chua Choon Bheng dan Nasri Abusalim yang membawa pulang RM400, sementara tempat keempat dimenangi pasangan dari Serian, Sahrul Sim dan Chai Siew Choo dengan hadiah RM250.
Pertandingan ini sekali lagi membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus aktif dalam bidang sukan, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan sepanjang hayat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#HSN2025
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama