
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Pertandingan Boules Master Sports Sarawak 2025 Tamat Dengan Penuh Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Kuching, 23 Ogos 2025– Pertandingan Boules sempena Program Master Sports Peringkat Negeri Sarawak 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melabuhkan tirai dengan jayanya di Padang IKM Kuching.
Sebanyak 25 pasukan regu Veteran Terbuka yang terdiri daripada peserta berumur 40 hingga 60 tahun telah mengambil bahagian. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan strategi pemain, malah berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta gaya hidup aktif dalam kalangan peserta veteran.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, diiringi oleh Encik Abit Nunong, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Kuching.
Keputusan penuh pertandingan menyaksikan Pasukan Batu Kawa 1 muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Dee Boules yang menerima RM600. Pasukan Stekma IKM pula meraih tempat ketiga dengan hadiah RM400, manakala Pasukan Batu Kawa 3 berada di tempat keempat dan membawa pulang RM250.
Pertandingan ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus aktif dalam arena sukan. Program sebegini diharap dapat diteruskan bagi menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat dalam aktiviti riadah dan pertandingan sihat di negeri ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#HSN2025
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama