- JBS Sarawak
- Hits: 147
PROGRAM BIGGEST LOSER CHALLENGE 2.0 IPD LIMBANG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 147
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 22 OGOS 2025 – Perasmian “BIGGEST LOSER CHALLENGE 2.0” peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang yang telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di Bilik mesyuarat Utama IPD Limbang, Daerah Limbang. Program yang dianjurkan oleh IPD Limbang dengtan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang berat badan dan sekaligus melahirkan anggota yang sihat dan komitmen terhadap kerja. Sepanjang 2 bulan program ini dijalankan, pelbagai aktiviti sihat telah dijalankan bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan disamping menjaga permakanan seharian.
Superitendan Parum Ak Niot, Ketua Polis Daerah Limbang berkata, program seperti ini haruslah dijadikan acara tahunan agar semua anggota sentiasa menjaga berat badan ideal disamping menjadikan tubuh badan mereka sihat.Beliau juga berkata kerjasama yang baik diantara pihak polis dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang haruslah dikekalkan.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan mendapat maklumbalas yang sangat positif. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa menjaga kesihatan dalam aktiviti dan permakanan seharian.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang