- JBS Sarawak
- Hits: 21
DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA PENDEDAHAN AKAR UMBI SEBENAR RAJA LIBAS BAHAGIAN LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 22 OGOS 2025 – Dana Sukan Komuniti(LSK) kejohanan sepak rakraw remaja 2025 telah diadakan pada minggu lalu yang bertempat di SMK Merapok, Lawas, bahagian Limbang. Program ini bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan sepak takraw di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan remaja menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang