- JBS Sarawak
- Hits: 56
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 22 OGOS 2025 – Minggu lalu telah berlangsungnya satu program yang dinamakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Belia Prihatin Kampung Nuran serta Pejabat Residen Bahagian Limbang yang diadakan di Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Pejabat Residen Bahagian Limbang. Seramai 40 orang peserta telah menghadirkan diri dalam sesi tersebut.
Majlis dipengerusikan oleh YBhg. Kr Sufian bin Mohat mewakili Residen Bahagian Limbang. Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Rynnille Elsther Peter. Majlis Perundingan Belia peringkat Bahagian Limbang kali ini merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada golongan belia yang merupakan aset penting sesebuah negara.
Pengerusi MPBN peringkat bahagian Limbang turut menyokong program-program pembangunan belia agar selari dengan keadaan persekitaran dan tuntutan semasa. Ini bermakna program pembangunan belia haruslah memperkukuhkan jati diri dan semangat petriotisme belia selain memperkukuhkan nilai integrasi kaum
Diharapkan program seperti ini akan dilakukan setiap tahun bagi mengangkat suara belia serta menyedari bahawa belia merupakan masa depan negara.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang