- JBS Sarawak
- Hits: 31
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG TELAH SELESAI DENGAN MERIAHNYA
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh: HWH , JBSN Sarawak
LIMBANG, 22 OGOS 2025 – Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian Limbang 2025 telah melabuhkan tirainya minggu lalu yang bertempat di Lot777, Tempat letak kereta Majlis Daerah Limbang, Limbang Sarawak. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Belia Prihatin Kampung Nauran serta Pesta Ria Limbang ini mengalakan aktiviti golongan belia kursusnya belia awalan di bahagian Limbang.
Menurut Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang penyertaan bagi Fiesta Rakan Muda kali ini sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada Belia Limbang. Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi Fiesta Rakan Muda kali ini ialah Pertandingan Inovasi Rakan Muda, Pertandingan Doodle Art, Pop-up market, Clash of Busker serta penampilan Khas Artis terkenal tanah air iaitu Atu Zero.
Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Limbang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kepada semua rakan kolaborasi serta golongan belia yang memeriahkan Fiesta Rakan Muda Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang