
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
Kuching, 22 Ogos 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2025 secara dalam talian pagi ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ini bertujuan memastikan kelancaran pelaksanaan sambutan HSN 2025 di peringkat kebangsaan.
HSN 2025 peringkat Kebangsaan dijadual berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober 2025 bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh, Perak. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Oktober 2025 (Sabtu).
Sambutan ini dijangka menarik penyertaan masyarakat pelbagai lapisan melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, kecergasan dan riadah yang dirancang sepanjang tiga hari penganjuran.
Antara agenda utama mesyuarat adalah penyelarasan penglibatan kementerian, jabatan serta agensi pelaksana dalam menyediakan program dan aktiviti, selain koordinasi logistik, keselamatan dan publisiti bagi memastikan sambutan berjalan lancar.
Turut hadir secara atas talian dalam mesyuarat tersebut ialah wakil daripada Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak iaitu Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah, bersama dua pegawai, Encik Dennis Dempi dan Encik Rawing Uking.
Sementara itu, HSN 2025 peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.
Penganjuran ini bakal menjadi platform mengeratkan perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui penglibatan masyarakat dalam pelbagai acara sukan di peringkat negeri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama