
- JBS Sarawak
- Hits: 59
PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 59
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 20 OGOS 2025 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Bahagian Mukah 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Belia Progresif Pekan Balingian telah diadakan pada 15-17 Ogos 2025 di Kem Belia Mukah. Program selama tiga hari itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan dan aktiviti ceramah yang melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, AADK dan KKM. Selain itu, penglibatan lima buah sekolah menengah iaitu SMK Mukah, SMK Three Rivers, SMK Saint Patrick, SMK Oya dan SMK Dalat dalam penyertaan program ini telah menjadikan objektifnya tercapai.
51 orang pelajar berumur 13-16 tahun dari lima buah sekolah yang terlibat telah menyertai program ini. Program telah dikendalikan oleh fasilitator dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Giatmara Mukah. Pada sebelah petangnya majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian. Turut hadir ke majlis tersebut Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Hasbullah, wakil Pengetua Kem Belia. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan kepercayaan penuh dalam mengelola aktiviti tersebut sehingga ke penghujungnya.