MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN WUSHU TAOLU DAN WUSHU SANDA TERBUKA SARAWAK 2025

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN WUSHU TAOLU DAN WUSHU SANDA TERBUKA SARAWAK 2025

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 20 OGOS 2025 – Kejohanan Wushu Toulu dan Wushu Sanda Terbuka Sarawak 2025 yang berlangsung pada 15-16 Ogos 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Tuan Royston bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.57 Tellian pada 15 Ogos 2025 di Dewan Serbaguna, Centexs Mukah. Majlis tersebut turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Wushu Bahagian Mukah dengan kerjasama Persatuan Wushu Sarawak. Penglibatan bakat-bakat baru dari seluruh Sarawak telah bertandang ke Mukah bagi menyertai kejohanan ini. Kejohanan tersebut adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tersebut seterusnya menghasilkan atlet yang berpotensi di bahagian Mukah untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search