
- JBS Sarawak
- Hits: 45
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MUDA MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak
SIBU, 18 Ogos 2025 – Satu lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia Peringkat Bahagian Sibu 2025 telah diadakan di Rumah Seri Kenangan Sibu. Lawatan ini disertai oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, bersama wakil daripada pertubuhan belia iaitu Pengerusi Kelab Belia Taman Muhibbah dan Pengerusi Kelab Belia Jalan Lanang. Tujuan lawatan tapak ini adalah untuk meninjau lokasi serta membincangkan bentuk aktiviti yang sesuai dilaksanakan bersama warga Rumah Seri Kenangan sempena program yang akan diadakan pada 23 Ogos 2025. Pada masa yang sama, turut diadakan perjumpaan bersama Ketua Balai Bomba Sibu Jaya, Encik Salim Bin Hussain. Perjumpaan ini bertujuan untuk memohon kerjasama pihak Bomba semasa program gotong-royong dilaksanakan nanti, khususnya dari aspek keselamatan dan sokongan teknikal. Melalui penganjuran program ini, belia setempat diharap dapat memupuk nilai kesukarelawanan, memperkukuh semangat kebersamaan, serta mengaplikasikan kreativiti dan inisiatif dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani