SESI PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

SESI PERBINCANGAN PROGRAM RAKAN MUDA MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan Oleh : MCG, JBSN Sarawak

SIBU, 18 Ogos 2025 – Sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia Peringkat Bahagian Sibu 2025 telah diadakan bersama pihak Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sibu (Kejururawatan) pada hari ini. Perbincangan tersebut melibatkan Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Puan Noriha Binti Isnawi serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih, Mary Tan. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu pula diwakili oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman. Program yang dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos 2025 di Rumah Seri Kenangan Sibu ini akan melibatkan penglibatan pelajar semester 1 Kolej Kesihatan Sibu sebagai sukarelawan utama. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui kaedah pembelajaran secara pengalaman (hands-on learning), selain menggalakkan mereka menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan. Usaha ini juga bertujuan memperkukuh semangat kesukarelawan di peringkat akar umbi serta mempererat hubungan dengan komuniti setempat. Program ini dijangka memberi impak positif kepada belia, khususnya dalam membentuk nilai kepimpinan, empati, dan semangat kebersamaan melalui aktiviti kemasyarakatan yang dirancang.
#PBSBSIBU
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search