BANGUNKAN KOMUNITI SIHAT MENTAL DAN FIZIKAL DENGAN AKTIVITI KECERGASAN

BANGUNKAN KOMUNITI SIHAT MENTAL DAN FIZIKAL DENGAN AKTIVITI KECERGASAN

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 20 OGOS 2025 – Aktiviti kecergasan merupakan salah satu usaha Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan-jabatan kerajaan negeri seterusnya komuniti di sekitar daerah Mukah. Selain itu, program ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. Bersenam mampu membina mental yang sihat kerana dengan melakukan aktiviti kecergasan dapat mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam kalangan peserta.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang ini akan dijalankan selama 12 sesi sehingga 1 Oktober 2025 iaitu pada hari Rabu setiap minggu bermula 5.15 petang – 6.30 petang di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah. Komuniti di sekitar Mukah dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan program yang telah dilaksanakan oleh pejabat. Hadir bersama ke program ialah Encik Mohammad Arbi Rosli mewakili pejabat. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah atas sokongan padu komuniti Mukah dalam menjadikan Malaysia Aktif satu realiti.

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search